Thursday 7 February 2019

MINI CELEBRATION FOR BIRTHDAY AYAH 9 JANUARI & BIRTHDAY MAK 1 FEBRUARI

Assalamualaikum...

Entry kali ni aku just nak share mini celebration birthday ayah aku (9 Januari) dan mak aku (1 Februari)... 

HAPPY BIRTHDAY AYAH YANG KE 5* (AYAH CHEQ MUDA LAGI)

Masa birthday ayah hari tu... aku planning dengan mak dan adik lelaki aku, adik perempuan aku kat u, tak dapat join untuk buat mini surprise dekat ayah...aku tanya mak, dia nak masak apa petang tu... kalau masak baru aku arrange untuk beli balloon & kek... mak aku cakap dia masak bihun sup sebab ayah request nak makan & mak aku sponsor satay... so, tengah hari tu aku deal dengan sis yang jual balloon helium, sebab dia duduk area rumah aku je, so senang la nak pick up dekat rumah dia lepas balik kerja, untuk kek aku beli masa balik kerja, singgah jap dekat SR Avenue K sebelum nak train. Satay mak aku suruh adik aku pergi beli...

Lepas dah beli kek & balloon, tinggal nak tunggu satay je, aku dan mak busy set up mini surprise kita orang dekat luar, berangkut la pinggan mangkuk dari dapur ke luar depan ayah aku, ye la tak kan nak buat surprise kat dapur pulak kan... so, masa berangkut tu buat muka toya je la... tapi satay sampai lambat la pulak.. 


gambar dekat atas ni adalah tempat awal untuk mini surprise... tengok la baju pun still bergantung sebab takut kantoi berangkut baju pulak... last-last kantoi juga.. birthday boy keluar tengok apa kita orang tengah buat... di sebabkan dah terkantoi kita orang suruh la birthday boy angkat meja bulat masuk dalam rumah sebab kita celebrate dalam rumah lagi best... sebab nak sambut dekat luar adalah kerana (baku sangat la pulak) birthday boy dok baring dekat ruang tamu sambil tengok berita...

dah nama pun mini kan...so, semuanya kita buat seminima yang boleh. Kek aku beli sepotong je, sebab rumah aku kek ni kurang sikit & lagi satu birthday boy ada kencing manis, buatnya dia tibai makan banyak naya cheq sat lagi, tu pun kek birthday boy yang habiskan sebab SR Chocolate Indulgence memang fav ayah aku. Disebabkan hari ni special day untuk ayah, kita orang biarkan je dia makan sepotong tu habis. Bihun sup mak aku buat tak boleh nak hidang atas meja bulat tu sebab bahan-bahan bihun sup tu banyak, kita orang letak dekat meja sebelah senang sikit.


Ayah aku muka tahan lapaq ja, dok bau satay ja tu, bukannya tak tau. Tapi aku happy dapat celebrate birthday ayah aku walaupun theme minimalise, boleh nampak ayah aku senyum je masa kantoi, kita orang puas hati sebab ayah happy. Ayah aku ni orang dia jenis yang simple je, biasa hari jadi dia, aku akan tanya dia nak apa, biasanya ayah aku cakap belanja makan je & dia akan request kari kepala ikan. surprise ni saja la buat suka-suka, sebab time kecik-kecik ayah dan mak kita happykan kita, so bila da besar & dah ada income sendiri, kita pula la yang amik alih happykan ayah & mak kita sementara dia orang masih ada. This year ayah aku tak tau nak makan apa, tiap kali aku tanya ayah nak amakan apa, dia tak tau nak jawab. Aku bagi je la dia MYR, ikut la dia nak beli apa pun.

Kepada mak, thank you sebab sporting & sudi sponsor satay and masak Bihun Sup untuk  mini surprise untuk ayah.

Jom layan birthday boy menikmati juadah yang disediakan (macam raya la pulak) hihi.


ayah serang kek fav dia dulu.




Sian mak penat + lapaq menunggu surprise ni.


aku pulak terus serang bihun sup mak aku. lupa nak ambil gambaq bihun sup tadi...yang di je ada, tapi yang sedap gilos mak aku masak.

Ok, untuk mini surprise birthday ayah aku da selesai.

Aku nak share pulak mini surprise untuk mak pulak.

HAPPY BIRTHDAY MAK YANG KE 4* (Pun sama macam ayah, mak still muda) hihi.

Untuk mini surprise mak aku, kali ni adik perempuan aku dapat join sebab dia tengah cuti sem. Aku plan dengan ayah (sebab nak cari sponsor) & 2 adik aku. Sama juga macam mini surprise ayah, untuk mak aku, kita orang tak bagi mak aku masak dengan alasan esok (hari jadi dia) nak balik kampung, mini surprise mak aku awal sehari dai tarikh hari jadi dia, macam yang aku bagi tau awal tadi nak balik kampung, so aku plan nak beli Pizza Hut & Kek je. Ayah sponsor Pizza Hut medium (aku lupa nama dia) aku pulak beli 5 pcs personal Pizza (assorted flavour), kek 2 potong, adik lelaki aku sponsor sepotong & adik perempuan aku sponsor mushroom sup & 2 pcs helium balloon.

Untuk birthday mak, senang sikit sebab adik lelaki aku cuti, so petang tu aku suruh dia beli pizza before aku & adik perempuan balik keje, so kita orang pergi pick up balloon yang aku dah order. Lepas dah siap pick up balloon, aku & adik lelaki cepat-cepat menyelinap masuk rumah bawa la segala pizza, kek & balloon, perfect timing la sebab mak aku pergi toilet.

Kita orang cepat-cepat set up balloons dulu. Tapi pizza tak sempat sebab nak kena angkat meja dulu. So mana yang sempat je lah dulu. After maghrib baru kita celebrate. Alhamdulillah mak happy kita orang buatkan surprise untuk dia walaupun awal sehari.

Sementara menunggu birthday girl bersiap, kita set up mini surprise kita orang dulu.


 Thank you ayah & adik-adik yang terlibat menjayakan mini surprise untuk mak. Bila muka mak happy, tuhan je yang tau perasaan tu. Mak cakap dia tak expect pun sebab birthday dia esoknya. 


Aku kacau mak aku, cakap dia nangis dalam bilik air masa mandi sebab terharu, dia kata mana ada. Hahaha saja ja kacau dia. 


Thank you ayah sebab sporting & sponsor Pizza untuk mini surprise mak. Sama-sama sponsor untuk happykan orang yang kita sayang.


Untuk adik busyuk aku ni... Thank you adik tolong jadi runner beli Pizza & Kek untuk surprise ni. Kalau ang tak tolong pening k.long nak p beli.



Inah, thank you juga sudi sponsor mushroom sup fav mak, siap beli dekat yang lain lagi & sponsor balloons untuk memeriahkan acara kita  ni. 









Mak aku lagi straight forward, dia dah bagi tau awal-awal yang dia prefer hadiah untuk birthday dia. So lagi senang.

tak dak gambaq mak makan, sebab semua pakat lapaq. Lepas je acara, semua pakat serbu makanan, handphone da tak tau kat mana. 

Mini surprise kita orang ni tak ramai, kita orang anak beranak je. 

Mak & Ayah HAPPY BIRTHDAY. 

K. Long, Inah & Adik love both of U. 

ok la entry aku kali ni.

annyeong.


PENANG DAY TRIP - 15.12.2022 ~ GEMAS ROAD BROTHER | BATU FERRINGHI | STREET ART | WONDERFOOD MUSEUM | JERUK PAK ALI | MURTABAK HAMEEDIYAH | NASI KANDAR DEEN'S MAJU

 Assalamualaikum I'm back....entry kali ni aku nak share day trip kami sekeluarga ke Pulau Mutiara 15.12.2022 (Khamis). Trip kali ni mem...