Monday 20 August 2018

ONIGIRI - FAMILY MART

Assalamualaikum semua, 
Korang mesti pernah dengar FAMILY MART kan. Ala kedai Jepun yang famous tu. Semua mesti tahu la, aku pun baru tahu je pasal kedai ni, ex-officemate la yang bagi tahu masa aku pergi MYTown hari tu. Kedai ni memang famous giler, ramai orang beratur nak makan Oden and Ais Krim dia, tapi dua-dua ni aku belum berkesempatan nak makan lagi, maybe next time. Jumaat (17.8.2018) lepas kerja, adik aku ajak pergi NU Sentral sebab nak tengak Victoria Secret, da alang tu aku nak pergi FAMILY MART sebab nak rasa ONIGIRI dia. Punya la sesat tak tau kat mana FAMILY MART tu. Adik aku da cakap kat luar bangunan, aku je yang tak percaya, last-last tanya satu amoi, dia la yang bagi direction mana nak cari FAMILY MART. Thank you ya.

Sampai je kat FAMILY MART, bapak giler ramai orang. yang duduk sekian la, tu yang tengah beratur nak beli Oden tu, panjang beb. Masuk-masuk je terus pergi cari ONIGIRI, pilih punya pilih aku ambil Tuna Mayo and aku ambil Beef Rendang. Lepas dah pilih ONIGIRI, adik aku ingat nak try Oden, tapi di sebabkan queu panjang dia malas, so, makan ONIGIRI jela. Ais Krim pun jadi malas nak order sebab tak ada tempat nak duduk. So, kita orang decide pergi Baskin Robbins je. Beli Ais Krim and lepak sana makan ONIGIRI.


1st time makan ONIGIRI Tuna Mayo ni, mula-mula rasa sea weed dia pelik, yela tekak belacan acah-acah makan makanan Jepun, tapi lepas suapan kedua tu baru rasa ok dengan tekak, sedap and rasa tak cukup satu. Rasa macam nak beli lagi. Ni masa menaip ni pun dok telan ayaq lioq ja ni. Ais Krim adik aku amik Strawberry Cheesecake, potongan cheese dia besar-besar dalam Ais Krim, sedap. Kombinasi yang Ummph.

ONIGIRI Beef Rendang dia sedap, Authentic Malaysian taste. Ok la, nak sambung buat kerja dulu. Aku sudahi dengan gambaq aku dan adik aku.


Sayonara.

Monday 6 August 2018

MEE TARIK WARISAN ~ MELAWATI MALL

Assalamualaikum...

Hai hampa semua, hari ni aku nak share pasal makanan pulak... semalam kita orang sekeluarga pergi makan Mee Tarik Warisan dekat Melawati Mall atau nama glamour MM... Mak & adik aku la teringin nak makan lagi... sebenarnya di kali kedua kita orang pergi makan... 1st time tak amik satu gambar apa pun sebab masa tu aku sakit perut... aku tak order apa-apa pun just rasa sikit-sikit... so back to story... aku, Mak and Inah order Mee Tarik..

memang sedap... portion pun banyak... tapi yang 1st time hari tu Mak aku kata lagi banyak dari semalam... maybe ramai orang kut semalam... so dia kurangkan sikit portion tu... tp sikit je la yang di kurangkan pun... 
 Ayah aku pulak order yang No. 201... presentation ok... nampak la Chinese Fried Rice tu... tapi tak rasa apa...tawar gila.... macam makan nasi kosong cuma ada sayur-sayur je.

Cuma kali ni Dumpling tak ada...cashier cakap da habis... Dumpling dia masa 1st time makan sedap... owh ya dekat sini 1st kita masuk staff di akan bagi kita Menu dan satu Bill untuk kita isi menu yang kita nak order... then kita kena bawa Bill pergi dekat cashier untuk order dan bayar. 

Cuma pilihan untuk air tak banyak. Aku sampai tak tau nak order air apa... aku tengok customer banyak order air Babao Tea... aku pun tak sure rasa dia macam mana, sedap ke tak... mak & ayah aku order sky water (air kosong) jer... 

sementara nak tunggu makanan sampai tu... faham-faham je la ye..







semua muka kelaparan... tak sabar nak tunggu makanan sampai.

kalau air korang da sampai...tandanya makanan korang pun akan menyusul tiba.. 

Ni la rupa Mee Tarik Warisan @ Melawati Mall... rasa dia memang sedap... sup dia ringan je... dan portion pun besar dan banyak... tapi semua pakat habis semangkuk... memang kosongkan perut... sebab kalau kenyang tak sedap makan...makan masa lapar...pergh.. terangkat...

Egg Fried Rice ayah je lupa ambil gambar, sebab sampai agak lambat.

Berkenaan harga... very affordable dengan portion yang banyak & sedap... highly recommanded pada sesiapa yang nak cuba rasa Mee Tarik.

Ok la sampai sini je story aku kali ni... gerak lu, nak buat kerja.

Annyeong.

PENANG DAY TRIP - 15.12.2022 ~ GEMAS ROAD BROTHER | BATU FERRINGHI | STREET ART | WONDERFOOD MUSEUM | JERUK PAK ALI | MURTABAK HAMEEDIYAH | NASI KANDAR DEEN'S MAJU

 Assalamualaikum I'm back....entry kali ni aku nak share day trip kami sekeluarga ke Pulau Mutiara 15.12.2022 (Khamis). Trip kali ni mem...