Monday 27 January 2020

PICNIC AT PANTAI PENGKALAN BALAK, MELAKA - 26.01.2020

Assalamualaikum.

Semalam, aku satu family picnic dekat Pantai Pengkalan Balak, Melaka. Saja je aku dengan ayah planning nak picnic. Cuti CNY tak tahu nak pergi mana. Planning asal nak picnic dekat Port Dickson, tapi ayah aku ajak pergi Pengkalan Balak. 1st time picnic dekat sini. Picnic kali ni aku requested nak prepare makanan, tapi makanan aku biasa la, ala-ala western sikit. Biasa kalau picnic mak aku akan masak nasi & lauk-lauk. Tapi this time aku prepare, so aku bagi tau awal-awal no nasi 😅😅. Aku buat sandwiches, salads with chicken pop corn dressing aku beli kewpie roasted sesame, sausages, nuggets & crab stick. Ringkas tapi sedap. Aku ada juga beli jajan & air kita orang bawa macam-macam air botol (twister apple, yeos laici, yeos soya, nescafe & ice lemon tea also kita orang bawa mineral water) overal semua air manis-manis je 😌. Nanti aku sharekan gambar-gambar menu ye. 

Kita orang pergi semalam (Ahad), sebab sabtu pergi cari barang-barang makanan & hari ni cuti so boleh relaks sikit. Kita orang bertolak dari rumah dekat pukul 10am juga la, lepas siap semua barang-barang yang nak bawa.

Ni aku share dulu gambar-gambar kita orang dalam kereta (otw), selfie wajib bagi mak & adik aku.





☝ ni la muka-muka yang gila selfie ni 😂. Aku stop sini dulu gambar-gambar otw kita orang. Sebenarnya banyak lagi. Malas da aku nak share.

Kita orang singgah breakfast dekat rnr Nilai. Kita orang sampai Pantai Pengkalan Balak dalam pukul 12.30pm. Kita orang tak masuk lagi  ke dalam, just dekat area pantai yang awal-awal masuk je. Sampai je terus cari port picnic. To be honest susah nak cari port yang ok. Kawasan yang redup hanya bawah pokok & belakang kedai makan. Yes belakang kedai makan. Korang pahamkan kalau dah belakang kedai tu. Kalau tak kau picnic la tengah-tengah panas tu. 1st port yang aku pilih (masa taip ni agak meremang kalau ingat) dibantah oleh ayah aku. Terus tukar port jauh dari tu. Ok sikit dari port yang aku pilih. Boleh la dari tak de. Bak kata ayah aku ok la sebab mengenangkan da datang dari jauh.  Time kita orang sampai da ramai orang. Boleh la dikatakan ramai. 

Kita orang terus hampar tikar & angkut barang-barang. Lepas da susun-susun barang. Seriously aku cakap, aku tak pandang langsung dah belakang aku. Muka & badan aku keras menghadap laut je. Kalau aku pandang segala makanan yang aku bawa memang aku tak boleh telan. Bukan nak story buruk ke apa, sebab aku memang tak expect langsung nak kena picnic dekat dengan kedai makan ops sorry belakang kedai makan. Benda da sampai nak tak nak kena teruskan je. 

Lepas da susun-susun barang. Aku buka bekal yang aku dengan inah buat. 


Kalau difikir-fikirkan balik, ada hikmah kita orang tak bawa nasi macam selalu.

Ringkas tapi sedap.

Aku tukang prepared salad untuk semua



Mak aku tengah busy buat video 😂.


See view belakang aku 😢.

To clear this entry. Actually Pantai dia ok je. Cuma a few part tempat dia agak kurang sikit. Tak ade niat pun untuk burukkan atau apa. Aku share ikhlas apa yang aku rasa & alami.

Lepas makan, ambil gambar dan video. Baring-baring sekejap, then gerak.

Aku sharekan video pantai pulak.

Cantikkan, adik aku yang rakam.


Ni video mak aku rakam.





Lepas makan, baring-baring sekejap. ☝ view atas. Cantik je.

Family aku tak de siapa yang mandi laut. Mula-mula ayah & adik aku nak mandi tapi mengenangkan tandas jauh dari tempat picnic kita orang dan masa mak aku pergi dia cakap macam air tak kuat. So ayah & adik aku decide tak mandi.

Masa tengah- tengah lepak, ayah aku ajak gerak. Masa ni dalam pukul 2pm lebih nak ke 3pm. Dia ada tanya nak pergi mana pula. Aku cakap tak tau. Tapi aku nak cari cencaluk. Sebabkan awal lagi. Ayah aku ajak pergi klebang pula.

Aku sudahi dengan gambar adik-adik aku sebelum kita orang gerak ke klebang.



Sebelum balik, kita orang ambil jalan nak ke Kuala Sungai baru (masih lagi Pantai Pengkalan Balak), saja je lalu,  dekat sebelah sana kawasan picnic dia nampak best. Ayah aku cakap next time kalau pergi kita cuba area sebelah sana pula.

Ni aku share gambar kita orang kat klebang. Tak banyak pun tapi ada la buat kenangan.

Ada juga gambar satu family. Sebab masa dekat pantai tak ambil.




Dekat Klebang banyak orang jual-jual. Tapi kita cuci mata je. Lepas dari Klebang terus bergerak balik KL. Aku pula nak beli cencaluk tak jumpa. 1st time nak rasa cencaluk. Dulu aku pernah LI dekat Duyong (tahun 2012), 2 bulan gak tapi tak pernah cuba cencaluk. Tapi kali ni rasa nak try pula. Last-last beli dekat rnr jejantas ayer keroh kot? Ala x ingat la rnr jejantas apa. Tengok, aku dalam setiap entry aku mesti ada lupa. Habit, sorry la ye.

P/s: dalam entry kali ni aku nak minta maaf siap-siap kalau ada yang tersinggung. Aku just share memories/experience aku dengan ikhlas.

Ok la untuk kali ni.

Annyeong.







Saturday 11 January 2020

THANK YOU ADIK BELANJA KAMI MAKAN WITH YOUR 1ST GAJI.

Assalamualaikum.

Entry kali ni aku nak share gambar makan kami hari ni. Kita orang brunch dekat LONTONG KING, Langat. Kedai ni memang kita orang selalu pergi, dia punya lontong king memang torbaik. Highly recommended kepada sesiapa yang suka makan lontong. Selain lontong ada makanan lain juga. 

Hari ni special sikit sebab my baby bro treat kami semua with his 1st Salary. Thank you adikku. Semoga murah rezeki ang adik.

Planning asal adik aku nak belanja makan steak dekat kg. Baru. Tapi ayah aku malas nak keluar malam. So ayah aku decide makan dekat lontong king je. Adik aku on je mana-mana. Kita orang pun  ikut saja, orang belanja kan, mana-mana pun boleh. 

Ni gambar-gambar tadi. Aku mulakan dengan gambaq tukang belanja hari ni.

Menu yang kami order:-
Ayah & Mak - beef steak - RM20 each
Aku, inah & adik - chicken grill chop - RM12 each.

Dekat sini chicken grill chop dia memang sedap, sebab dah biasa makan. Untuk beef steak pun sedap.


Sedap ampa uii...ni pun dok telan ayaq liuq lagi ni. Terasa rasa kat lidah ni. Memang tak rugi.

Actually gusi ayah aku tengah bengkak yang sebelah kanan tapi tengok la pipi belah kiri pun bengkak gak masa makan beef steak tu. Bukan sebab gusi tapi sebab daging dia 😂😂😂 sedap ngat tu yang penuh mulut.


1st time mak aku makan beef steak, biasa kalau datang sini mak aku biasanya akan order lontong king. Hari ni anak busyuk dia belanja boleh la order have2 sikit...hihi.

Thank you baby bro belanja makan hari ni. Bila-bila belanja lagi ye. Tapi hari ni special sebab this is his 1st salary treat.

Muka kakak-kakak yang happy sebab our baby bro dah besaq siap da boleh belanja kami makan dengan duit gaji pertama dia.

How time flies. I still remember when he wrote his name for the 1st time when he was 5 years old is Mumat Arif Aiman instead of Muhammad Aliff Aiman and now he grown up so fast and today he able to treat us with his 1st salary. Sis is cry 😭
.
#adikakudahbesaq
#his1stsalarytreat
#alsoayah2ndbesdaycelebration

THANK YOU SO MUCH BABY BRO.

ok la entry kali ni.

Annyeong.


Thursday 9 January 2020

AYAH BIRTHDAY CELEBRATION WITH DOMINO PIZZA CELEBRATION SET

Assalamualaikum.

Selamat tahun baru 2020 semua. Untuk tahun baru 2020 ni aku buka story AYAH BIRTHDAY CELEBRATION WITH DOMINO PIZZA CELEBRATION SET. Aku bukan buat paid review domino ye, ni aku share. Menu pun aku bayar.

09.01.2020 (Khamis), hari ni birthday ayah aku yang ke 5*.... muda lagi ayah aku...hihi. Mak aku whatsapp aku tanya nak makan apa birthday ayah. Aku cakap tak tahu mula-mula...ye la kita tengah kerja mana boleh fikir mula-mula. Aku cakap dekat mak aku, tak pe nanti aku try la tengok nak beli apa. Then aku decide nak order Domino Pizza. Sebab selalu order Pizza Hut je, ye la pizza hut kan murah je yang rm5-rm15 tu. Tapi hari ni tukar selera pula. Aku pilih Domino sebab dah lama tak makan. Mula-mula aku ingat nak self-pick up tapi bila teringat masa aku self pick up pizza hut dulu, sampai rumah pizza tu sejuk aku serik wei. Bukan apa pizza jadi tak sedap. So aku order delivery je. Adik aku yang tolong order. Aku tukang bayar je. Aku nak order tapi tak boleh nak focus sebab kerja banyak masa tu. Adik aku cakap Domino ada promo. Aku cakap kat adik aku order yang celebration set la...boleh makan puas sikit sebab kita orang satu family memang suka makan pizza.


☝ details for celebration set. Pizza boleh select yang mana korang suka. Aku pesan kat adik aku pizza extravaganza & beef pepperoni wajib pilih. 2 yang lain tu pilih la mana yang sedap.

So ni yang adik aku order. Aku suruh dia screenshot dulu sebelum order. Aku nak check.

Aku ada bagi cadangan ambil pizza sambal tapi topping dia ada ikan bilis. Ayah aku tak boleh makan ikan bilis sebab dia ada gout. So adik aku order macam yang☝. Tapi aku suruh adik aku tambah lava cake .

So ni final order kita orang.

Alhamdulillah ayah aku happy walaupun kita orang just beli Domino je. Nampak la seri muka tu syok. Walaupun simple-simple je.

Ni dia main story untuk entry kali ni, sorry la ye intro panjang sangat hahaha.


Birthday boy ambil sendiri gambaq ni. Nampak tak keterujaan dia tu. Hahaha

Ni aku belanja gambaq birthday boy
Muka ja serius...dalam ada sinyum abang manis. 😂😂


Gambaq dengan anak-anak tak de sebab 2 orang malas pakai tudung sorang lagi tak pakai baju...hahaha.. so jadinya gambaq ayah ngan mak aku je. Jadi la buat kenangan.

Aku sudahi dengan gambaq Domino pizza. Jangan terliur ya hampa semua. Kalau nak p order kaih...tak rugi sedap. Yang paling penting panas masa kita orang received. Baru sedap makan kan.


Ok la entry kali ni. Annyeong.


PENANG DAY TRIP - 15.12.2022 ~ GEMAS ROAD BROTHER | BATU FERRINGHI | STREET ART | WONDERFOOD MUSEUM | JERUK PAK ALI | MURTABAK HAMEEDIYAH | NASI KANDAR DEEN'S MAJU

 Assalamualaikum I'm back....entry kali ni aku nak share day trip kami sekeluarga ke Pulau Mutiara 15.12.2022 (Khamis). Trip kali ni mem...