Wednesday 6 March 2019

1ST TIME BUAT PASSPORT - 2.3.2019

Assalamualaikum,

Hai korang, hari ni aku nak share pengalaman aku yang 1st time buat passport hari Sabtu hari tu (2.3.2019). So kepada 1st timer macam aku, aku sarankan korang buat search atau tanya orang yang berpengalaman. Macam aku biasalah suka baca blog orang dan tanya officemate aku. 

Aku buat passport dekat UTC Keramat je, senang weekend pergi dengan famili aku. Tapi aku urus sendiri je.. famili aku lepak-lepak cuci mata dekat UTC tu. So, sehari sebelum buat passport aku da start google & baca blog. Dokumen apa yang aku kena bawa. Bagi yang berumur lebih dari 18 tahun, korang hanya perlu bawa NRIC & copy NRIC korang je.

So sebelum pergi UTC aku pun menyelongkarlah aku punya laci cari copy NRIC aku. Senang bawa siap-siap. Tapi korang tak payah risau sebab dekat UTC banyak gila kedai photostat...korang tinggal pilih nak pergi kedai mana je. Aku memang da bawa dari rumah. So sampai je UTC, kita orang breakfast dulu dekat foodcourt dia. Ya Allah, ada satu kedai Chapati ni sedap gila Chapati & Roti ? ala aku lupalah nama roti tu..adoi pelupa kuat la pula sekarang ni.. ala roti tu kembung..ok lupakan kisah roti tu. So kepada sesiapa yang pergi UTC tu & belum breakfast aku suggest kan korang pekena Chapati dulu. 

Ok, sambung kisah passport balik, so lepas breakfast aku naik atas untuk sambung tujuan aku pergi UTC, sampai je dekat area atas tu, aku terus cari JABATAN IMIGRESEN. MasyaAllah, orang ramai gila, aku tercangak-cangat la dalam tu cari tempat nak ambil no. sekali aku nampak anak panah tunjuk luar & ada tulis ambil no. di luar. Aku pun cari la counter tu... ala dekat je counter no. tu... tapi korang kena tengok sign board la mana Imigresen...aku mula-mula main beratur je sebab kat kaunter tu ramai orang... baik punya beratur nampak sign board JPN...la aku beratur dekat counter no. JPN... aku pun cari la counter Imigresen, sebelah aku je (buta ke apa, mata da 4) nasib baik orang tak ada. So aku dengan lemah lembutnya pergi lah kat counter tu cakap aku nak no. untuk buat passport. Officer yang jaga counter tu akan minta korang IC & akan tanya korang 1st time atau renew. So kes aku is 1st time, dia bagi aku nombor (1252) wei lambat lagi kot... kena tunggu dalam 60++ orang baru nombor aku, padan la datang lambat, lambat la selesai. Officer tu akan inform korang la & masa tu office tu akan informed sekali yang kena ada copy NRIC, macam aku, officer tu bagi 2 no. satu untuk aku & yang ada lubang aku kena bagi dekat counter 8. 

So, aku terus masuk semula dalam JABATAN IMIGRESEN tu untuk letak no. aku dekat counter 8. Selepas tu, kena tunggu turn aku la jawabnya.

Ni je la 1st dokumen yang aku dok kilik sampai la no. aku dipanggil. NRIC, Copy NRIC & no. giliran. aku sampai dalam 11.30 lebih kurang la. 

Sebabkan lama lagi no. aku nak naik, so aku lepak luar je, sambil tu dapat je tengok no. da sampai mana. Biasa la kat dalam tu ramai orang. Tunggu punya tunggu sampai dah bosan tahap apa entah la, sampai la turn aku, no. aku naik dalam pukul 2pm lebih. 

Dekat counter, aku bagi dokumen aku (macam dalam gambar) dekat officer. Dia akan tanya bujang/kahwin, no. tel & tinggi. Alamak dia tanya tinggi manalah aku ingat, aku jawab saya tak sure, so officer tu suruh aku pergi sebelah kanan aku, ada satu tempat untuk ukur tinggi aku... dah la aku sorang-sorang je dalam tu, famili kat luar, dalam kepala otak dah fikir macam mana nak ukur ni. Last-last aku berdiri je, then minta tolong satu kakak ni tolong tengokkan tinggi aku berapa (Thank you kak). Lepas selesai 1st stage, korang akan ke stage ambil gambar. Korang tak yah risau sekali jalan je 1st stage & ambil gambar & tempat pun sama je. Dekat situ kau bagi details kau dekat situ juga kau ambil gambar. 

Aku masa ni pakai tudung warna Maroon, tapi masa aku baca blog ramai suggest pakai tudung warna hitam / warna gelap. So aku tengok tudung aku warna gelap, ok la, tak yah la pakai warna hitam. Aku sempat whatsapp officemate aku tanya dia boleh ke pakai tudung warna ni (aku hantar gambar tudung aku dekat dia) dia cakap ok je, dia dulu pun pakai warna coklat. Alhamdulillah, warna tudung aku lepas, tak perlu la aku pakai tudung yang Imigresen sediakan... tapi aku tak nampak pun sesiapa yang kena pakai tudung yang Imigresen sediakan sebab majoriti memang pakai warna hitam.

lepas ambil gambar officer tu akan bagi korang (refer gambar). nombor yang sama sahaja. So no. korang akan naik lagi sekali untuk pembayaran. Bayar dekat counter 1, Officer akan pulangkan IC korang balik dan korang perlu bayar. Untuk 1st timer macam aku RM200 (5 tahun), untuk renew sorry aku tak sure.

Lepas bayar, korang boleh tengok dekat resit tu. Selepas pembayaran kena tunggu dalam 1 Jam, aku selesai bayar dalam 2.40 so kena tunggu lagi sejam untuk dapatkan passport, means 3.40 la baru selesai. Aku dah bosan tahap tak tau nak cakap apa. Then kena tunggu sejam lagi... Tapikan-tapikan Alhamdulillah, procedur sangat la cepat untuk last stage ni. dalam pukul 3.15 no. aku naik lagi sekali untuk ambil passport. Alhamdulillah aku berjaya buat passport walaupun lama gila... Normallah kan weekend, tu je la masa bagi orang bekerja macam aku & korang ada kan, nak tak nak kena hadaplah. 

So kepada 1st timer, jangan risau sangat nak buat passport tu, tak susah mana pun. Cuma kalau nak kepastian boleh tanya orang yang dah pernah buat, senang cerita dah ada pengalaman.

Ok la entry aku kali ni. Hope experiance aku yang aku share ni dapat bantu korang especially 1st timer macam aku. Nak sambung kerja balik.

Annyeong.


34 comments:

  1. dekat cawangan jpn bole buat passport x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak sure, sebab saya buat dekat UTC.

      Delete
    2. tak boleh sbb JPN hanya untuk IC.. imigresen je yg boleh.. :)

      Delete
    3. Boleh la, tp ibu pejabat JPN negeri la, yg ade bahagian imegresen

      Delete
  2. Dkt UTC tu boleh bayar pakai debit/credit card tak? �� atau kena bayar cash je?

    ReplyDelete
  3. Saya tak sure yang tu, sebab saya bayar cash.

    ReplyDelete
  4. Nak tanya kena bawa surat beranak ke?

    ReplyDelete
  5. masa ambil gambar tu tak boleh pakai lens atau spek mata ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah tak boleh pakai spek. Tapi kalau lens saya x sure 😊

      Delete
    2. tak blh pkai lens, nnt dye mntk buang lens tu. (tlg jwb, hehe)

      Delete
  6. boleh ke remaja bawah 18 buat passport sendiri dan tanpa penjaga atau ibu bapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk remaja bawah 18 tahun, ibu bapa perlu hadir.
      Untuk lebih lanjut boleh try call Jabatan Imigresen / google website. 😊

      Delete
  7. tak yah bawak gambar sendiri eh

    ReplyDelete
  8. sehari je boleh siap pasport ?

    ReplyDelete
  9. Kakau ada hutang PTPTN boleh buat passport tak?

    ReplyDelete
  10. Hi, sy dngar kalau first time kena ada sijil lahir, how if hilang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, kalau da lebih 18 tahun, hanya perlu bawa IC & copy IC je. Saya hari tu bawa 2 tu ja.

      Delete
  11. tq share, 1st time gak ni nk buat passport utk ank2 skali😊

    ReplyDelete
  12. Kalau mukan kat ic tak sama boleh ke sebab darjah 6

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya macam tak ada masalah. Tapi untuk kepastian awak boleh try call Jabatan imigresen.

      Delete
  13. Kalau kita 18 thn ke atas parents tak perlu ikut sekali kan?

    ReplyDelete
  14. Hi kak, rambut berdye terang blonde begitu ok tak? Atau kena dye hitam?? ( pertama kali buat passport)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Rasanya tak ada masalah. Tapi untuk kepastian boleh check dengan jabatan imigresen.

      Delete
  15. Mahal jga bt pasport

    ReplyDelete
  16. aq nk tnye kalau macam aq kan free hair kan so wajib pakai tudung juga ke mcm mne?
    first ni cuyy

    ReplyDelete
  17. kalau pakai tudung bercorak warna coklat boleh ke ?

    ReplyDelete

PENANG DAY TRIP - 15.12.2022 ~ GEMAS ROAD BROTHER | BATU FERRINGHI | STREET ART | WONDERFOOD MUSEUM | JERUK PAK ALI | MURTABAK HAMEEDIYAH | NASI KANDAR DEEN'S MAJU

 Assalamualaikum I'm back....entry kali ni aku nak share day trip kami sekeluarga ke Pulau Mutiara 15.12.2022 (Khamis). Trip kali ni mem...