Tuesday 3 January 2023

PENANG DAY TRIP - 15.12.2022 ~ GEMAS ROAD BROTHER | BATU FERRINGHI | STREET ART | WONDERFOOD MUSEUM | JERUK PAK ALI | MURTABAK HAMEEDIYAH | NASI KANDAR DEEN'S MAJU

 Assalamualaikum

I'm back....entry kali ni aku nak share day trip kami sekeluarga ke Pulau Mutiara 15.12.2022 (Khamis).

Trip kali ni memang well planned sebab kita orang tak nak nanti masa kat Penang tak tau tujuan nak kemana.

Untuk tempat berbayar, aku memang called tempat tu sendiri a few days before pergi untuk confirmed kan harga ticket...sebab senang nak bajet. 

Trip kali ni memang aku & kina sponsor semua & kita orang sengaja pilih Khamis (hari kerja) sebab tau weekend confirm ramai, tambah-tambah time school holiday ni. Since 16.12.2022 birthday adik lelaki aku...so kita orang celebrate in advanced la.

Perjalanan kami sekeluarga dari Alor Setar pukul 7.50am, Aiman singgah beli breakfast dekat Taman Pelangi (untuk lapik perut je). Singgah RnR Gurun sekejap & teruskan perjalanan ke Penang. Since kita orang dari Alor Setar, so naik Jambatan Pertama la. kalau dulu kita orang dari KL, naik Jambatan Ke-2. 

Aku memang dah bagi tahu family aku awal-awal, trip kali ni breakfast dekat Penang. Bukan dekat RnR. Pilihan untuk breakfast actually ada 2. Yang pertama Gemas Road Brother atau pun Astaka Taman Tun Sardon. Google punya google & baca review sana sini...tengok video sana sini. So aku decided pilih Gemas Road Brother sebagai tempat breakfast kita orang.

Sampai Gemas Road Brother dalam pukul 10.00 am lebih. Cari tempat parking dulu. Then terus pergi order sebab nampak ada a few orang tengah beratur. Kina jaga tempat duduk. Kita orang makan dekat khemah dekat dengan parking lot bukan dekat kedai dia, sebab dah penuh orang. Mula-mula beratur la ikut orang, lepas tu saja la tanya indian brother ni, order beratur sini ke. Pastu dia tanya u nak tapau ke or makan sini. Aku cakap la makan sini. Pastu dia bagi tahu, sini untuk tapau. Kalau nak makan order dekat depan meja tu.

Nasib baik la tak ramai orang beratur untuk makan. Tapi dekat sini time order dia memang kena sabar menanti macam trademark dia juga. Dia tak akan ambil order kau selagi dia tak settled kan order orang depan kau. Mula-mula ayah aku bising la sebab dia tak ambil order kita orang lagi walaupun orang depan kita orang dia dah ambil order. Aiman cakap dekat ayah aku, relax la nanti dia ambil la order kita. Biasalah orang tua-tua ni kalut sikit. Aku suruh dia tunggu dekat meja je, biar aku dengan Aiman yang order dia tak nak. Then sampai turn kita orang order. Kita orang order 4 Roti Canai Special Daging & 1 Roti Telur, untuk air kena order dekat tempat air. 

Ayah aku punya kalut angkat makanan, tak sempat mamak tu nak letak bawang potong 😅...Aku tengah bayar time tu, Aku tanya la Aiman, tadi bawang dah letak ke masa ayah angkat, lepas tu mamak tu cakap belum. Aku minta piring asing nak letak, Mamak tu bagus, dia cakap nah ambil sendiri, u nak banyak mana boh la. 

Dekat sini mula-mula aku tersilap beratur.


time ni...aku dah beratoq dekat tempat yang betul



Sepinggan Roti Canai Special Daging RM5.20

Roti Telur RM2.20

Air kopi tarik, teh tarik & 3 teh o ais RM7 lebih






yang clear mak aku punya...yang tinggal telur kuning je, Kina punya & yang tak habis tu aku punya...Mak & Kina suka makanan dekat sini...aku & Ayah biasa-biasa je...Aiman dia ok je... tapi boleh makan la. Next time boleh try dekat Astaka Taman Tun Sardon pula.

Destinasi ke-2: Pantai Batu Ferrighi
Saja la aku & Kina requested nak jalan-jalan buang masa sikit pergi Batu Ferrighi...tapi kita orang pergi sekejap je...nak tengok view macam tu je. Ambil la juga a few gambar dekat situ. Sunyi je dekat pantai, tak ramai orang pun. So selesa la nak ambil-ambil gambar tu.

ni beberapa gambar kita orang dekat Pantai Batu Ferrighi




Gambar-gambar ni dekat depan kedai makan yang dah tutup kut atau pun kedai ni buka malam. Tapi nampak macam dah tutup, maybe pukulan Covid kut. Disebabkan pokok-pokok hidup ni. Nampak cantik je suasana dia














Destinasi ke-3: Street Art
Dah berapa kali pergi Penang pun tak pernah jumpa Street Art ni. Pernah tanya local people pun depa tak tahu dekat mana. So trip kali ni memang wajib pergi la. Aku minta Aiman untuk waze jalan ke sana. Waze je Street Art, Lebuh Ah Quee. Sampai je area situ, kita orang cuba cari parking, tapi agak susah. Mostly dah penuh even weekday. Lepas tu Ayah aku cuba pusing lagi sekali. Ternampak tempat parking berbayar, apa lagi terus masuk la. Caj parking 3 Jam RM6.00 atau 1 hari RM10.00. Tapi kami ambil yang 3 Jam je, sebab nak jalan-jalan dekat Street Art je. So dari tempat parking kena jalan sikit la. Tapi tak jauh pun. 




Ni gambar kita orang dekat Street Art.















Dekat Street Art ni banyak jual souvenir. Aku macam biasa la, beli magnet fridge, walaupun dah ada. Saja la tambah koleksi lagi. Kali ni beli design yang lain pula. Dekat sini, kita orang jalan-jalan ambil gambar je. Then terjumpa Haji Chendul dekat area Street Art. Kami share-share je. Order 1 mangkuk Cendol & 1 mangkok ABC. Cendol RM5.00 & ABC RM6.00. Mak & Ayah aku cakap cendol dia sedap sebab tak berapa manis. Tapi aku tak berapa suka, sebab rasa santan/kelapa dia kuat.


ni gambar sumber dari google...kita orang lupa nak ambil gambar...

Cendol dah makan separuh baru teringat nak ambil gambar


ABC ni dapat gambar elok sebab kami order cendol dulu. Lepas tu baru tambah ABC sebab Ayah aku nak rasa.


Lepas makan cendol semua. Aku tanya family aku, nak makan atau pergi Wonderfood Museum dulu. Ayah aku cakap dia kenyang & Mak aku pun ikut je mana-mana. Mula-mula ingat dari Street Art nak jalan kaki je ke Wonderfood Museum. Tengok google map dalam 8-10 minit jalan kaki. Tapi sebenarnya agak jauh juga & cuaca pun panas, kesian dekat parents aku la pula. So kami pergi naik kereta & parking dekat parking bertingkat pula. Parking fee kita orang kena RM3.30. Dekat je dengan Wonderfood Museum, selang beberapa lot kedai je. 

Destinasi ke-3: Wonderfood Museum
Masa kita orang sampai je, penuh orang dekat bahagian entrance dia. Tapi staff dia guide kita pergi counter. Dekat counter, dia tanya local or foreigner. Kalau local cashier tu minta tunjuk kad pengenalan. So korang yang mana nak pergi tu, boleh standby awal-awal. Kalau tak kena bayar ticket harga untuk foreigner.

Harga Ticket untuk Local:

Dewasa: RM18.00
Kanak-kanak: RM12.00

Nah aku spam banyak giler gambar kita orang dekat Wonderfood Museum ni.




































































































































Aku rasa, dalam banyak-banyak tempat yang kita orang pergi. Tempat ni yang paling best sekali. Walaupun berbayar, memang puas hati.

Tempat ni bukan budak-budak je suka. Kami yang dewasa semua ni pun enjoy pergi situ. Tapi dekat situ, magnet fridge dia mahal, satu RM10.00. Nak tak nak beli juga la, kenangan & tanda aku dah pernah pergi tempat tu.

Destinasi ke-5: Hameediyah & mencari Jeruk Pak Ali
Dari Wonderfood Museum, perut terus lapar tengok segala makanan tu, kita orang terus waze cari Hameediyah Lebuh Campbell & Mak aku nak mencari Jeruk Pak Ali area situ. Sampai je Hameediyah, mak ai orang beratur panjang giler. Ayah aku tak nak dah beratur-beratur tu sebab dah penat. Disebabkan Mak aku nak cari jeruk pak ali, so aku la yang kena teman mak aku mencari. Dari Restoran Hameediyah tu aku google map cari yang berhampiran. Tapi berpusing juga la, last-last tanya mak cik guard Mydin. Terus je nampak. Tapi tu la kena lintas jalan balik. Kalau dari Restoran Hameediyah ke jalan besar balik ambil belah kiri.

Dekat jeruk pak ali...borong jeruk la apa lagi kan. Selain jeruk, aku & mak aku beli air asam kedondong, kerepek pisang, serbuk asam & beg jenama pak ali...




Destinasi ke-6: Nasi Kandar Deen Maju
 Disebabkan Nasi Kandar Hameediyah beratur panjang. Mula-mula plan nak pergi makan mee goreng sotong Hameed Pata dekat area Padang Kota. Tiba-tiba ayah aku cakap...jom pergi cari Nasi Kandar Deen Maju la, kita orang pun ok je la. Sampai dekat sini, tak ada tempat parking, so tapau je la....aku turun beli dengan adik aku. Adik aku cakap, nak order kena rap haahahaha. Aku pun suruh la dia rap (order)...dalam dia rap (order), depa ni laju tau boh lauk, adik aku tak sempat nak bagi tau, nak telur rebus 4....last-last, minta dia letak dalam salah satu nasi je, tapi tu la...sekali letak 3 biji 🤣🤣🤣...mesti masa mamak tu bungkus, dia cakap dalam hati, tu dia...sorang 3 biji telur...bela hantu raya ke apa ni. Dalam celah adik aku rap (order) bendi rebus dia tak letak.  Habaq pula dekat mamak yang kira tu...bendi rebus bungkus asing. Nasi memang sedap & berbaloi la beli. Untuk harga 4 bungkus Nasi Kandar ayam telur rebus + 1 bungkus Nasi Kandar daging + bendi untuk 5 orang makan + 2 bungkus papadom + 2 bungkus air teh o ais. Total RM50.75. Ayah aku kata murah. 


lepas beli Nasi Kandar, terus bergerak balik Alor Setar. Planned asal nak lepak Penang sampai malam. Tapi, belum apa-apa, ayah aku dah tak larat. Maybe sebab cuaca panas & kami dah lama tak jalan jauh since pindah hari tu. 

kita orang bertolak dari Penang dalam pukul 5 pm lebih. Jalan macam biasa, jem gilos dekat atas Jambatan. Biasalah, time orang balik kerja. 

Sampai rumah, makan nasi kandar & murtabak...Memang sedap giler 2 makanan tu....rehat-rehat & tidur.

Percutian kali ni memang jalan-jalan & food hunting. Shopping tu optinal, sapa nak shopping boleh...tak nak pun boleh. 


Btw, sebelum pergi, kami ingat nak pergi Phantamania Magic World. Called tanya harga, dewasa RM23. Sama juga dengan up side down...dewasa RM24. Bajet tak cukup pula nak pergi salah satu ni, selain wonderfood museum. So next time boleh plan lagi.

Ok la entry aku kali ni. Terima kasih sudi baca.


annyeong, 
kak long.

No comments:

Post a Comment

PENANG DAY TRIP - 15.12.2022 ~ GEMAS ROAD BROTHER | BATU FERRINGHI | STREET ART | WONDERFOOD MUSEUM | JERUK PAK ALI | MURTABAK HAMEEDIYAH | NASI KANDAR DEEN'S MAJU

 Assalamualaikum I'm back....entry kali ni aku nak share day trip kami sekeluarga ke Pulau Mutiara 15.12.2022 (Khamis). Trip kali ni mem...