Saturday 29 February 2020

GIRLS DAY OUT - NIPPON SUSHI AMPANG ~ 29 FEB 2020

Assalamualaikum.

Hari ni aku, mak & inah keluar pergi TS. Inah nak cari baju kerja. Aku dengan mak pergi teman je, dalam teman tu ada juga la terbeli kasut, hihihi. Aku dengan inah dah planning dari hari isnin, lepas balik dari TS nak makan sushi dekat Nippon Sushi Ampang. Selalu tengok dekat ig nampak sedap je, tu teringin nak rasa.

Nasib baik masa kita orang sampai, tak ramai orang. Kita orang pilih tempat duduk belah belakang sekali sebab senang nak ambil gambar. Meja sebelah kita orang pun kosong, lagi senang kita orang nak bergambar, bukan pe malu kalau orang duk tengok 😜.

Lepas dah pilih meja, kita orang tengok menu. Aku memang dari awal nak pilih  Don-tori katsu curry ataupun curry chicken chop. Sebab aku pernah makan yang sushi king, so aku nak rasalah yang nippon sushi. Mak aku awal-awal dia nak makan udon. Tapi dia takut tak kena dengan selera dia (sebab my mum 1st time makan dekat kedai japanese). Aku nak bagi suggestion pasal udon pun aku tak tau. So mak aku decided tak makan udon. Mak tak tahu nak pilih apa. So to be save, aku orderkan beef teppanyaki.

Mula-mula, lepas tengok menu & dah tahu nak order apa. Kita orang tekan la button call, konon nak order, sekali kena isi form order sendiri la. Ingat macam sushi king, call untuk order hihihi rupanya kena isi form order tu dulu. staff tu cakap, kena isi form dulu 🤣. Terus cakap dekat dia, oh ya ke....ok ok saya isi dulu, nanti saya call sekali lagi. Hahaha, lain kedai lain cara.

Ni gambar- gambar kita orang dekat Nippon Sushi Ampang.

















ni menu dan harga yang kita orang order. Sushi kita orang cuma ambil 4 plates je. Sebab dah kenyang makan yang lain tu. Portion dia memang banyak. Kita orang makan share-share je, rasa serba sikit. Don-tori katsu curry sedap. Beef teppanyaki dia serious sedap. Memang aku buat pilihan yang tepat order untuk mak aku, kena dengan selera dia. Chicken gyoza pun sedap. Aku order temaki soft shell crab, untuk temaki, bagi aku kurang sikit. Untuk air, mak aku order lemonade longan soda, air ni pun sedap. Aku dengan inah minum cold green tea.

Overall memang sedap. Next time boleh pergi lagi dan boleh dikatakan affordable juga. Once a while makan special. 

Cuma aku lupa nak order parfait je, sebab terlampau kenyang makan, dessert pun lupa nak order 🤣. Tu tandanya next time kena pergi lagi. Btw kedai dia pun cantik dan selesa, staff pun ok. 

Ni aku share gambar-gambar menu pula.

























Ni menu untuk sushi pula.






Sampai sini entry aku kali ni. Kepada yang sudi baca terima kasih 😘.

Annyeong.



Sunday 2 February 2020

🎉HAPPY BELATED BIRTHDAY MAK 🎂🍰🎉 - 1.2.2020

Assalamualaikum.

Entry hari ni tentang birthday celebration MAK aku. 1st February 197*. Mak aku muda lagi 😀.
Semalam birthday mak aku. Kita orang tak sambut betul-betul sebab semalam kita orang makan dekat NZ Curry House, Wangsa Maju. Selepas tu, kita orang pergi Aeon Big Wangsa Maju sebab aku nak belikan mak aku baju dekat Butik Ashura. Butik Ashura memang tempat favorite aku, mak & inah. Boleh kata banyak baju kita orang beli dekat sini. Baju raya kita orang pun 2 tahun berturut beli dekat situ. Then kita orang makan ice cream McD yang baru tu, ice cream Cheesecake, sedap. 

Ni gambar semalam makan dekat NZ & ice cream cheesecake.






Favorite Mak & Ayah aku, kari kepala ikan ni. Sedap kari kepala NZ, highly recommended sangat bagi sesiapa yang tercari-cari kedai kari kepala ikan.

Cair ice cream aku sebab lepas beli terus balik, makan dalam kereta je. Sedap wei ice cream ni. 😢 macam nak lagi.

Ok aku nak share Main entry untuk malam ni. Aku tak tahu nak beli apa untuk birthday mak aku. Pizza baru je makan bulan lepas masa birthday ayah. So pagi tadi aku decided nak order KFC yang baru. White bbq, sebab setiap kali iklan kfc je, mak aku mesti cakap bila la nak makan kfc, lama tak makan. Tu yang aku decided nak order kfc yang baru ni. Aku order KFC Delivery. Senang, lepas order, tunggu delivery sampai pintu rumah then bayar, senang kerja.

Jom tengok gambar-gambar belated birthday celebration mak aku.















KFC yang baru ni pun sedap juga.

To MAK, Kak Long doakan semoga MAK dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan bahagia di samping kami, keluarga kecik kita ni.

Once again HAPPY BELATED BIRTHDAY MAK. ❤ U

Ok la entry aku kali ni.

Annyeong 

PENANG DAY TRIP - 15.12.2022 ~ GEMAS ROAD BROTHER | BATU FERRINGHI | STREET ART | WONDERFOOD MUSEUM | JERUK PAK ALI | MURTABAK HAMEEDIYAH | NASI KANDAR DEEN'S MAJU

 Assalamualaikum I'm back....entry kali ni aku nak share day trip kami sekeluarga ke Pulau Mutiara 15.12.2022 (Khamis). Trip kali ni mem...