Saturday 5 October 2019

ITS MY BIRTHDAY - 05.10.2019

Assalamualaikum.

Malam ni aku nak share gambar birthday celebration dari famili aku. 

Terima kasih AYAH sponsor untuk hari ni. Terima kasih mak tolong masakkan shellout sedap gilos. Terima kasih Inah & Adik memeriahkan acara.

Untuk birthday celebration malam ni. Aku memang tau perancangan ni dari A-Z. Tak de surprise-surprise sebab hari ni kan weekend so aku cuti. So aku memang da tau mak aku akan masak shellout. Lagi pun adik-adik aku semua ada. So perfect timing la. Ayah aku tiup belon pun depan-depan aku je πŸ˜‚πŸ˜‚.

Kita orang buat acara ni malam dalam pukul 8 lebih. Cuma aku tak tau ada kek je sebab petang tadi aku tertidur. Ngantuk wei, ye la tido lambat up date blog tengah malam semalam. 

So hari ni nak share celebration hari ni.

So jom start.

Tak expect pun ada dengan kek. Sebiji pula tu. Thank you AYAH & MAK.

Kiri kanan aku tu la master mind untuk malam ni

 Ha yang belakang  tu penambah acara.

Gambar dengan adik kabur. No choice terpaksa upload gak. Ni je yang ada.

Senyum sampai telinga wei. Syok bila famili kita sambut hari jadi kita.


1st time makan shellout special homemade by MAK & sponsor by AYAH. Shellout ni memang sedap gilos.

Bila ayah aku cakap nak buat shellout aku requested ayah beli plastik. Aku cakap tak feel makan dalam pinggan, nak la fefeling macam kat kedai even makan dekat rumah je.

Jom tengok pula gambar mak aku masak shellout.













Puas gila makan shellout homemade by my mum.

Bertambah-tambah nasi kita orang makan

Terima kasih untuk malam ni.

Saya suka, saya suka ❤❤❤❤❤

Terima kasih MAK, AYAH & ADIK-ADIK.

Siap dapat hadiah lagi.



Ok la entry aku kali ni.

Annyeong.



Early Birthday Celebration πŸŽŠπŸŽ‰ - 04.10.2019

Assalamualaikum,

Hari ni aku nak share early birthday celebration aku. Boss aku belanja aku & officemates aku makan lunch dekat PIZZERIA, Robinson KL. 

Dekat je dari office aku, aku kerja dekat Megan Avenue ii, so kita orang jalan kaki je. Exercise ye.

Even nama dia PIZZERIA, dia juga ada menu yang lain. So nanti aku share gambar menu yang kita orang order.

Best tempat dia & yang paling penting makanan dia, semua yang kita orang order sedap & highly recommended.

My cutie lawyer said. She like ☝. Fefeling korean gitu.

Atas kepala kita orang tak de benda-benda tu ye, yang ada pun lampu sajo.

Lepas semua dah order apa yang nak di makan.
Its photo time.

Nicekan tempat dia.

Aku order πŸ‘‡
 Beef Lasagna

πŸ‘‡ Boss aku order ni

Officemates aku order πŸ‘‡
 Salted egg creamy pasta with softshell crab

Lamb meatball spagetti

Pizza

Penutup acara, 2 slices of cake.

This 2 cakes pun sedap.

Thank you Mr. Goh for this small celebration but so meaning full to me. Really appreciated.


Octoberbaby #butnosobaby

Aku akhiri dengan candid photo from my officemate.


.


☝ ni tak boleh blah... muka mencuka orang sibuk nak ambil gambar sebab perut da lapar #notserius #iokje #mukajeniscuka #biasalatu

When i post this story.
Today is my birthday
~05.10.1992~
생 일 μΆ• ν•˜ ν•΄ μš” to me πŸ™ˆπŸ™ˆ.

Setakat ni dulu entry aku hari ni. Nak pi tidoq lu. Ngantok dah ni.

Annyeong.




Saturday 14 September 2019

RESEPI KACANG KUDA BEREMPAH

Assalamualaikum,

Hari ni aku nak share resepi kacang kuda berempah yang aku buat. Resepi ni mudah dan ringkas sahaja.

Permintaan dari ayah aku sebab dia rebus kacang kuda. So dia minta aku buatkan kacang kuda berempah. 

Bahan-bahan
1.  1 kg Kacang kuda (rebus dengan garam & gula sehingga empuk)
2.  5 ulas Bawang putih (potong)
3.  7 tangkai cili kering ( boleh -+) (potong)
4.  7 tangkai daun kari (boleh -+) lagi banyak lagi sedap
5.  2 sudu besar serbuk/ rempah kari (bancuh)
6. Air
7. Sedikit minyak untuk menumis
8. Perasa
9. Garam / gula (jika perlu)

Cara-cara
1. Panaskan minyak masak, masukkan bawang putih yang dah dihiris untuk menumis.
2. Biar sehingga bawang keperang-perangan, kemudian masukkan daun kari & cili kering, kacau-kacaukan
3. Masukkan serbuk/rempah kari yang dibancuh, kalau pekat tambahkan sedikit air, biarkan sehingga menggelegak (rempah masak)
4. Kemudian masukkan perasa dan kacau-kacau
5. Masukkan kacang kuda, gaul sehingga sebati.
6. Rasa kacang korang, macam aku, aku tak tambah dah garam / gula sebab ayah aku rebus kacang tu memang da ok rasa dia.
7. Siap untuk di hidangkan.

Siap boleh hidang dekat family korang & makan.

Ni gambar - gambarnya.








Resepi ni sangat simple, mudah & sedap.

Selamat mencuba ye.

Ok la nak sambung kerja, annyeong.





Tuesday 10 September 2019

Date with Mak - Nando's MyTown (07-09-2019)

Assalamualaikum semua.

07-09-2019 (Sabtu)...aku ajak mak aku jalan-jalan pergi Aeon Maluri, sebab tengok dekat fb macam best. Macam biasa ayah hantar kita orang dekat LTR Ampang. Kita orang naik LRT je. Turun dekat station Maluri. Cara nak pergi Aeon Maluri sama macam entry aku 1st time pergi Ikea naik MRT. Cuma kita orang tak naik MRT. Cuma lalu laluan MRT & cari Aeon. Tambang dr Ampang - Aeon Maluri RM2.00.


☝ pintu masuk ke Aeon, tapi kat sana tak ada apa sebab macam under renovation / construction (kalau tak silap la)...so kita orang just pusing-pusing je and then decide pergi MyTown je sebab mak aku nak pergi Ikea. Kita orang ambil MRT ke Cochrone. Sampai je MyTown kita orang tawaf food level sebab nak cari tempat makan. Biasa kalau pergi MyTown kita orang selalu makan Boat Noodles. Hari tu aku decide bawa mak aku makan Nando's pula. Untuk Mak aku tu 1st time dia makan Nando's. So aku yang decide menu apa...tapi aku tanya dia la, kot dia nak yang lain. Dia ikut je apa aku pilih.

Muka tunggu makan sampai.










Ni la menu yang aku order. Sedap gak, Aku order Peri-Peri Chicken 1/4 Chicken + 1 reg & aku add on nasi, yang warna putih tu mediterranean rice & lagi satu tu spicy / spice rice. Nasi ni biasa je sebab Mediterranean rice tu plain je rasa dia & yang lagi satu tu terlebih kunyit rasa dia. Tapi overall sedap. Makan saja pun sedap tapi aku prefer makan dengan tomato sauce. Peri-peri sauce / nando's sauce aku tak berapa suka sebab masam. Tapi aku bagi mak aku rasa semua sos dia (serba sikit aku letak) end up mak aku pun pilih tomato sauce gak πŸ˜….

Air pula, aku order Sparkling Apple & mak aku order air Tropical Fruitea, tapi aku lupa pula nak ambil gambar. Aku & lupa berpisah tiada.

Habis makan kita orang terus pergi Ikea, kat Ikea window shopping je sebab tak ada apa pun nak beli. Jadi aku sudahi dengan gambar kami berdua dekat Ikea.



p/s: balik aku ambil grab sebab hujan + mak aku requested nak balik naik grab since sebelum datang lagi. So aku penuhi je la permintaan dia. Tambang grab dari MyTown ke rumah aku RM13.

ok la aku nak sambung kerja, annyeong.


PENANG DAY TRIP - 15.12.2022 ~ GEMAS ROAD BROTHER | BATU FERRINGHI | STREET ART | WONDERFOOD MUSEUM | JERUK PAK ALI | MURTABAK HAMEEDIYAH | NASI KANDAR DEEN'S MAJU

 Assalamualaikum I'm back....entry kali ni aku nak share day trip kami sekeluarga ke Pulau Mutiara 15.12.2022 (Khamis). Trip kali ni mem...