Thursday 28 April 2022

LAST COMPANY TRIP ON 02 - 03 JANUARY 2022

 Assalamualaikum

Lama tak update blog sejak covid-19 menyerang 2 tahun lepas.

Post kali ni aku nak share last company trip January hari tu...kenapa last, sebab aku dah resigned 10th March 2022 hari tu. 

Niat hati ni memang la nak update terus lepas balik hari tu (padahal masa gi tak ingat pun nak update blog)...Tapi disebabkan kerja terlampau banyak.. so tak sempat & lepas tu sibuk dengan urusan pindah rumah...hari ni baru la aku ada masa.

Back to story, at first on Nov 2021, Boss Liti aku aku planning nak bawa kita orang gi pahang, gi glamping dekat Janda Baik. Nama glamping tu👇🏼


Boss aku dah siap booked. Bulan December kan pahang kena banjir teruk. Tempat ni pun kena juga. Owner glamping ni informed through email dekat boss aku kot kalo tak silap la yang tempat dia terjejas banjir.

Boss aku terus informed kita orang...yang trip ke Janda Baik cancelled due to banjir. Then dia tukar plan nak bawa kita orang ke banting kot mula-mula...at first kita orang semua pelik la...awat la boss kami ni beria la nak gi bercuti time banjir + covid ni. Dia cakap lama dah kita tak gi holiday...at least boleh release stress sekejap. 

Kami pun ikut la planned yang boss aku dah buat. Last sekali dia bawa kita orang gi Pulau Pangkor. Mula dengar nak gi Pangkor, kawasan air...takut, tapi tawakal je la...nak cancelled sian boss aku sebab dah booked. Ingat aku je takut gi kawasan air-air ni...Officemate aku sorang tu pun. Family dia tanya why ur boss bawa uoll gi tempat macam tu time banjir-banjir ni. Di jawab la kat family dia what to do boss dah choose & booked area sana. Ikut saja la.


Ni whatsapp conversations kami hari tu. Boss aku booked Hotel Sandy Beach Resort. Dekat area Pasir Bogak.

Trip kali ni yang pergi...kami 5 orang sahaja, Boss aku (Mr. Goh), Abg Azam, Ling Ling, Kina & aku. Planned asal boss aku ajak satu ex-staff ni. Tapi last minute dia dapat ikut sebab adik dia warded malam sebelum bertolak tu.

So Bermula la perjalanan kami 5 orang pada 2nd January 2022, pick up point dekat Megan Avenue II @ 7 am.

my sister, Kina & I....sampai awal dekat pick up point, before pukul 7 am. Yes aku dengan adik aku kerja satu office ☺️. Ling Ling lagi awal sampai...so dia suruh inform dia kalo kami dah sampai starbuck. Turun-turun je kereta...perut aku buat hal la pula pagi tu. Aku tanya Ling Ling, agak-agak ladies dekat block C tu buka ke? Ling ling tak sure, dia ajak naik office sebab dia bawa kunci office. Nasib baik dia bawa kunci office. Aku tak bawa sebab ingat tak yah masuk office dah...sekali perutku meragam. Perjalanankan jauh, takut aku. Tapi tak senang nak naik lift office sebab maintenance office tu lock lift kalau bukan waktu office hour. Bagus la security area office tu...menapak la kami naik tangga ke G floor & minta security guard called maintenance utk activekan lift...10 minute gak la baru lift tu boleh naik. nak menapak naik tingkat 3A / 4...mau tersentot balik...hahahaha. Tapi time turun dia unactivekan balik...so guna tangga je la kami. Turun tak kisah sangat.



Sambung balik...perjalanan kami dr KL ke Lumut dlm 3 jam juga.



membuto je la kerja kita orang sepanjang perjalanan tu.

sampai je dekat lumut, boss aku park dekat parking bertingkat. Boss aku beli tiket feri dulu sebelum kita orang gi breakfast. Kami makan ala kadar je...buat lapik perut. Aku makan nasi lemak share dengan kina. Tapi nasi lemak sana sadis la...Ikan bilis banyak, satu ikan bilik pun tak de...yang ada nasi, sambal & telur je. Aku dah la tak makan telur...makan nasi dengan sambal je la 😢.


Boss aku beli tiket time 10 am mcm tu la...harga seorang aku tak sure berapa RM...sebab boss aku pegang semua. Kami naik ja. Feri yang kami naik ni small feri je. Bukan jenis yang boleh berdiri dekat luar. Katanya perjalanan +- 15 minute....tapi sebenarnya +- 20 - 30 minute gak nak sampai Pulau Pangkor dari Jeti Lumut.


Ni gambar- gambar kami dalam feri




Sampai je Jeti Pulau Pangkor...kita orang di sambut dengan pemandu teksi / owner kereta sewa. Dia orang akan tanya nak naik teksi ke / nak sewa motor  / nak sewa kereta. 
Boss aku pilih teksi je. sebab holiday kali ni more to staycation. 

Boss aku sewa teksi yang bawa kami ronda-ronda pulau pangkor. Sewa dia RM80 / Trip.



Ni teksi dia...so cute warna pink gitchuu...yang kami punya tak dak aircond...fresh air saja 😅.



Hentian pertama yang driver teksi bawa kami ke Masjid Terapung.















Ya Allah...cantik betuk Masjid Terapung ni. Non muslim pn boleh masuk...Tapi kena pakai macam Ling Ling tu la...Kalo lelaki yang pakai seluat pendek, kena pakai kain pelekat..

Dekat sini pun ade orang jual souvenir. Aku terus je la beli magnet fridge. Takut nanti tak sempat beli dah menyesal ade kenangan dekat Pulau Pangkor

Destinasi ke-2 kami...Aku tak sure tempat ni nama apa.






 
Dekat sini...aku & Kina beli bucket hat yang kita orang pakai...panas sampai susah nak buka mata time ambil gambar. Satu ni RM15

Then, destinasi ke-3 kami Masjid vibes chinese look.





Dekat sini kami just ambil gambar dari luar je. Tak masuk dalam Masjid pun.

Destinasi terakhir sebelum check in hotel. Driver teksi bawa kita orang pergi satu kedai makanan kering.






Dekat kedai ni Mr. Goh & Abg Azam je yang shopping...we uolls Ladies cuci mata je. Tak tau nak beli apa sebab baru sampai...malas nak jinjit barang masuk hotel.

Lepas dari sini...Abg Azam nak gi cucuk duit. So driver bawa kita orang gi balik dekat jeti. 
Abg Azam je turun...kita orang tunggu dalam teksi. Dapat la tengok orang ramai shopping dekat jeti before naik feri. Aku aim kedai chocolate je...free dutykan macam Langkawi. Mak Aku dah kirim ikan bilis & udang kering...time balik je baru shopping.

So destinasi terakhir kami naik teksi pink ni...ke hotel  (Sandy Beach Resort) untuk check in. 

Plan asalkan 6 orang. So Boss aku dah booked 3 bilik. Sebilik 2 orang. Tapi disebabkan seorang tu tak dapat joint. Boss aku terpaksa tukar bilik. Sebilik kami 3 Orang. Bilik kita orang 1 single bed & 1 queen bed. Asalnya Ling Ling cakap dia ok je kalau tidur sorang. Tapi kita orang kesian la dekat dia. Takut jugakan tidur sorang. 

Rate untuk hotel ni aku bagi 5 stars. Bilik dia besar giler untuk kami 3 orang. Space nak sembahyang pun ade la kiranya. Tapi satu jela, arah kiblat tak ade. Mula-mula puas juga la mencari, mana hotel ni tampalkan....sampai ke sudah tak jumpa. Last solution google je la. Guna online kiblat nak tau mana arah dia. 

Tak banyak pun gambar dalam bilik. Aku sebenarnya tak terpikir pun nak update blog untuk company trip kali ni. Tak tau kenapa, maybe sebab terlampau penat kerja kot. Rasa macam staycation kali ni memang betul-betul nak rehat je.

Nasib baik la kina ade juga ambil beberapa gambar & video. Harap aku, satu pun tak ambil. 

Boleh la tengok serba sikit gambar yang ade dalam bilik hotel.


Ni nama hotel tu. Highly recommended sangat hotel ni. Selesa giler. Swimming pool pun ade.

Tapi kita orang punya malas company trip kali ni. Swimming suite pun tak bawa, slipper nak jalan-jalan dekat beach pun tak bawa...Bukan Bikini ye...Hihihi.. 



Ni je la pun gambar yang ada dalam bilik hotel.

My sister ada buat video bilik hotel.


Bilik kita orang view swimming pool.

Besar, Bersih & selesa. 

Lagi satu yang best about hotel ni. Wi-Fi dia laju giler. TV plak ade netfelix (bak kata Han SKZ) hahaha... Tapi kita orang tak tengok Netfelix pun. Kita orang tengok youtube. Hahaha dalam bilik tu kita orang buka lagu BTS la (My sister is ARMY)...aku buka lagu-lagu Stray Kids la (i'm Quokka Stay..hihihi) kiranya kita orang buka youtube je, langsung tak buka netfelix.

Disebabkan company trip kali ni more to staycation. Lepas check in hotel je, kita orang lunch dekat hotel je. Hotel ni ade cafe, lunch tak included. Hanya breakfast je include. kami semua pakat order nasi goreng je, harga tak ingat la sepinggan berapa...lagi pun Boss aku yang bayar semua.

Gambar makanan tak ada. Gambar Kina tunggu makanan ada.


Ni view dekat cafe hotel. Belakang Kina tu laut. Kalau mai angin, syok giler. Kat belakang tu Boss aku tengah ambil gambar.


 Lepas makan, kita orang jalan-jalan sekitar hotel. Lepas tu balik hotel tidur. Tak tidur pun sebenarnya, baring-baring, relax-relax sambil tengok youtube. 

Petang dalam pukul 4 pm something. Boss aku ajak naik boat pusing-pusing. Tak ade gambar atas boat / apa-apa xtvt yang kita orang buat sebab  Boss aku tak bagi bawa phone, takut basah. Kita orang tak beli casing phone yang waterproof tu. So semua simpan dalam bilik hotel je. 

Aku tak sure berapa RM Boss aku sewa boat. Driver boat ni bagus tau. setiap pit stops dia bagi tau nama tempat tu, kalau ada batu yang menyerupai binatang dia akan tunjukkan. Dia bawa kita orang bagi makan ikan. Lepas tu dia lepaskan kita orang dekat Coral Island untuk snorkling. Macam biasa. Kami 3 roses ni tak snorkling pun. Rendam kaki dalam laut pun sebab dah basah kena air masa dalam boat. 

Masa nak balik ke hotel, hujan turun lebat giler. Bayangkan atas boat laju, hujan turun lebat....sakit kena air hujan, dah macam naik motor time hujan rasa pedih dia...hahahaha....kenangan betul. Dalam boat tu kalau tak menjerit tak sah...hahahaha.

Sampai je hotel. Boss aku cakap berkumpul pukul 6.30 untuk dinner dekat telok nipah rasanya. Kita orang tanya kakak yang kerja hotel, area mana kedai seafood muslim. So dia bagi tau, kalau nak yang halal & owner muslim. Area telok nipah. Dinner kami dekat kedai makanan Thai. Boss aku minta hotel booked kan teksi.


Boleh tahan la makanan dekat kedai ni. Boss aku order makanan banyak giler. Tapi makanan ni je ada gambar...yang lain tak ada. Lepas habis makan ni...Boss aku order oden satu mangkuk, 2 pinggan fish n chips, 1 pinggan lamb chop. Celah-celah tu dia nak tambah order apa lagi entah. Sampai kita orang cakap. Dah kenyang sangat-sangat. Tak boleh makan dah. Baru dia stop...hahahaha

Lepas makan, kita orang jalan-jalan area teluk nipah. Masuk kedai chocolate, tapi aku tak beli pun. cuci-cuci mata je....sebab target nak beli dekat jeti masa balik. 

Masa nak balik...agak susah nak dapatkan teksi untuk balik ke hotel. Kita orang tanya orang-orang yang meniaga pun dia orang tak tau macam mana. Last ada satu mamat ni bagi tau kat depan ada bus stop, ada no. telephone dekat sana, boleh try call.

Kita orang pun cuba la called no. telephone yang ada tu, yang lawaknya, telephone dekat belakang bus stop yang berbunyi. Sapa yang nak angkat sebab kita orang je dekat situ. Ibarat macam called sama-sama sendiri je. Boss aku dah nak minta tolong hotel book kan teksi. Nasib baik la ada teksi kosong datang tanya. Kita orang cakap la tengah tunggu teksi. Called no. ni telephone belakang yang ringing. Driver teksi tu cakap abg called abg la jawab...hahahaha. 

Boss aku pula, dapat je teksi terus lupa barang yang dia beli. Dah kena patah balik teksi tu gi bus stop tadi. Nasib baik dapat driver ok. Hahahaha macam mana la dia boleh lupa.

Sampai je hotel, boss aku ajak singgah satu kedai ni. Ada jual macam-macam chocolate, periuk dll. Dekat sini aku beli chocolate je la....ada yang murah dari kedai dekat Teluk Nipah, ada yang mahal dari jeti....

Lepas dah shopping sikit terus balik hotel. Tak terus tidur pun. Kita orang menyembang sampai pukul berapa entah la....macam-macam story la keluar. Walaupun satu office, jarang la kita nak cerita pasal personal sangat kan. Time-time macam ni la kita orang saling tukar-tukar cerita. 

Xtvt pagi kita orang. Breakfast dekat cafe hotel. Breakfast buffet, menu ada macam-macam juga. Kira makan sampai kenyang la. 


Dekat hotel ni...ada banyak burung ni👆. Boleh bagi makan dekat burung-burung ni. 

Lepas breakfast, kita orang jalan-jalan dekat pesisir pantai. 





















Dah jalan-jalan dekat pesisir pantai. Balik bilik untuk kemas-kemas sebelum check out.




Staycation kita orang sampai sini je. Sebelum naik feri, sempat la shopping-shopping chocolate, ikan bilis mata biru tak mata biru semua ada. Udang kering la, sotong kering la.... 


dalam feri waktu nak balik...nampak tak plastik bags...Boss aku shopping sakan.


sebelum balik KL, Boss aku singgah Teluk Intan. Menara Condong time ni tutup. Tak boleh naik. Ambil gambar dari luar je la.

LAST COMPANY TRIP WITH L**. 

Staycation yang paling best sebab banyak rehat dalam bilik....betul-betul punya cuti kali ni.

Ok la entry kali ni.

Annyeong.

xoxo,
Kak Long

PENANG DAY TRIP - 15.12.2022 ~ GEMAS ROAD BROTHER | BATU FERRINGHI | STREET ART | WONDERFOOD MUSEUM | JERUK PAK ALI | MURTABAK HAMEEDIYAH | NASI KANDAR DEEN'S MAJU

 Assalamualaikum I'm back....entry kali ni aku nak share day trip kami sekeluarga ke Pulau Mutiara 15.12.2022 (Khamis). Trip kali ni mem...