Monday 20 August 2018

ONIGIRI - FAMILY MART

Assalamualaikum semua, 
Korang mesti pernah dengar FAMILY MART kan. Ala kedai Jepun yang famous tu. Semua mesti tahu la, aku pun baru tahu je pasal kedai ni, ex-officemate la yang bagi tahu masa aku pergi MYTown hari tu. Kedai ni memang famous giler, ramai orang beratur nak makan Oden and Ais Krim dia, tapi dua-dua ni aku belum berkesempatan nak makan lagi, maybe next time. Jumaat (17.8.2018) lepas kerja, adik aku ajak pergi NU Sentral sebab nak tengak Victoria Secret, da alang tu aku nak pergi FAMILY MART sebab nak rasa ONIGIRI dia. Punya la sesat tak tau kat mana FAMILY MART tu. Adik aku da cakap kat luar bangunan, aku je yang tak percaya, last-last tanya satu amoi, dia la yang bagi direction mana nak cari FAMILY MART. Thank you ya.

Sampai je kat FAMILY MART, bapak giler ramai orang. yang duduk sekian la, tu yang tengah beratur nak beli Oden tu, panjang beb. Masuk-masuk je terus pergi cari ONIGIRI, pilih punya pilih aku ambil Tuna Mayo and aku ambil Beef Rendang. Lepas dah pilih ONIGIRI, adik aku ingat nak try Oden, tapi di sebabkan queu panjang dia malas, so, makan ONIGIRI jela. Ais Krim pun jadi malas nak order sebab tak ada tempat nak duduk. So, kita orang decide pergi Baskin Robbins je. Beli Ais Krim and lepak sana makan ONIGIRI.


1st time makan ONIGIRI Tuna Mayo ni, mula-mula rasa sea weed dia pelik, yela tekak belacan acah-acah makan makanan Jepun, tapi lepas suapan kedua tu baru rasa ok dengan tekak, sedap and rasa tak cukup satu. Rasa macam nak beli lagi. Ni masa menaip ni pun dok telan ayaq lioq ja ni. Ais Krim adik aku amik Strawberry Cheesecake, potongan cheese dia besar-besar dalam Ais Krim, sedap. Kombinasi yang Ummph.

ONIGIRI Beef Rendang dia sedap, Authentic Malaysian taste. Ok la, nak sambung buat kerja dulu. Aku sudahi dengan gambaq aku dan adik aku.


Sayonara.

No comments:

Post a Comment

PENANG DAY TRIP - 15.12.2022 ~ GEMAS ROAD BROTHER | BATU FERRINGHI | STREET ART | WONDERFOOD MUSEUM | JERUK PAK ALI | MURTABAK HAMEEDIYAH | NASI KANDAR DEEN'S MAJU

 Assalamualaikum I'm back....entry kali ni aku nak share day trip kami sekeluarga ke Pulau Mutiara 15.12.2022 (Khamis). Trip kali ni mem...