Assalamualaikum
Hari ni aku nak share resepi air cocktail...senang rupanya buat dia...sedap pun sedap...ni menu air aku raya 2020.
Bahan-bahan
1. 1 tin buah cocktail
2. 1 tin susu cair
3. 3 sudu besar susu pekat
4. air masak
5. ais
cara-cara
1. sediakan bekas, aku pakai mangkuk cocktail, sebab senang nak ceduk buah-buah tu.
2. masukkan 1 tin susu cair ke dalam mangkuk cocktail
3. masukkan 3 sudu besar susu pekat dan kacaukan.
4. masukkan 1 tin buah-buahan cocktail, jangan buang air dia sebab kita masukkan kedalam air cocktail kita.
5. masukkan air masak (secukupnya), kacaukan sehingga sebati.
6. masukkan ais, kacau-kacaukan lagi.
7. its done, da boleh serve untuk tetamu.
Resepi yang ringkas tetapi sedap.
Ni aku share video masa aku & adik aku buat.
its done....easy peasy lemon squeezy je.
ok la untuk hari ni.
annyeong.