Saturday 29 February 2020

GIRLS DAY OUT - NIPPON SUSHI AMPANG ~ 29 FEB 2020

Assalamualaikum.

Hari ni aku, mak & inah keluar pergi TS. Inah nak cari baju kerja. Aku dengan mak pergi teman je, dalam teman tu ada juga la terbeli kasut, hihihi. Aku dengan inah dah planning dari hari isnin, lepas balik dari TS nak makan sushi dekat Nippon Sushi Ampang. Selalu tengok dekat ig nampak sedap je, tu teringin nak rasa.

Nasib baik masa kita orang sampai, tak ramai orang. Kita orang pilih tempat duduk belah belakang sekali sebab senang nak ambil gambar. Meja sebelah kita orang pun kosong, lagi senang kita orang nak bergambar, bukan pe malu kalau orang duk tengok 😜.

Lepas dah pilih meja, kita orang tengok menu. Aku memang dari awal nak pilih  Don-tori katsu curry ataupun curry chicken chop. Sebab aku pernah makan yang sushi king, so aku nak rasalah yang nippon sushi. Mak aku awal-awal dia nak makan udon. Tapi dia takut tak kena dengan selera dia (sebab my mum 1st time makan dekat kedai japanese). Aku nak bagi suggestion pasal udon pun aku tak tau. So mak aku decided tak makan udon. Mak tak tahu nak pilih apa. So to be save, aku orderkan beef teppanyaki.

Mula-mula, lepas tengok menu & dah tahu nak order apa. Kita orang tekan la button call, konon nak order, sekali kena isi form order sendiri la. Ingat macam sushi king, call untuk order hihihi rupanya kena isi form order tu dulu. staff tu cakap, kena isi form dulu 🤣. Terus cakap dekat dia, oh ya ke....ok ok saya isi dulu, nanti saya call sekali lagi. Hahaha, lain kedai lain cara.

Ni gambar- gambar kita orang dekat Nippon Sushi Ampang.

















ni menu dan harga yang kita orang order. Sushi kita orang cuma ambil 4 plates je. Sebab dah kenyang makan yang lain tu. Portion dia memang banyak. Kita orang makan share-share je, rasa serba sikit. Don-tori katsu curry sedap. Beef teppanyaki dia serious sedap. Memang aku buat pilihan yang tepat order untuk mak aku, kena dengan selera dia. Chicken gyoza pun sedap. Aku order temaki soft shell crab, untuk temaki, bagi aku kurang sikit. Untuk air, mak aku order lemonade longan soda, air ni pun sedap. Aku dengan inah minum cold green tea.

Overall memang sedap. Next time boleh pergi lagi dan boleh dikatakan affordable juga. Once a while makan special. 

Cuma aku lupa nak order parfait je, sebab terlampau kenyang makan, dessert pun lupa nak order 🤣. Tu tandanya next time kena pergi lagi. Btw kedai dia pun cantik dan selesa, staff pun ok. 

Ni aku share gambar-gambar menu pula.

























Ni menu untuk sushi pula.






Sampai sini entry aku kali ni. Kepada yang sudi baca terima kasih 😘.

Annyeong.



No comments:

Post a Comment

PENANG DAY TRIP - 15.12.2022 ~ GEMAS ROAD BROTHER | BATU FERRINGHI | STREET ART | WONDERFOOD MUSEUM | JERUK PAK ALI | MURTABAK HAMEEDIYAH | NASI KANDAR DEEN'S MAJU

 Assalamualaikum I'm back....entry kali ni aku nak share day trip kami sekeluarga ke Pulau Mutiara 15.12.2022 (Khamis). Trip kali ni mem...