Saturday 14 September 2019

RESEPI KACANG KUDA BEREMPAH

Assalamualaikum,

Hari ni aku nak share resepi kacang kuda berempah yang aku buat. Resepi ni mudah dan ringkas sahaja.

Permintaan dari ayah aku sebab dia rebus kacang kuda. So dia minta aku buatkan kacang kuda berempah. 

Bahan-bahan
1.  1 kg Kacang kuda (rebus dengan garam & gula sehingga empuk)
2.  5 ulas Bawang putih (potong)
3.  7 tangkai cili kering ( boleh -+) (potong)
4.  7 tangkai daun kari (boleh -+) lagi banyak lagi sedap
5.  2 sudu besar serbuk/ rempah kari (bancuh)
6. Air
7. Sedikit minyak untuk menumis
8. Perasa
9. Garam / gula (jika perlu)

Cara-cara
1. Panaskan minyak masak, masukkan bawang putih yang dah dihiris untuk menumis.
2. Biar sehingga bawang keperang-perangan, kemudian masukkan daun kari & cili kering, kacau-kacaukan
3. Masukkan serbuk/rempah kari yang dibancuh, kalau pekat tambahkan sedikit air, biarkan sehingga menggelegak (rempah masak)
4. Kemudian masukkan perasa dan kacau-kacau
5. Masukkan kacang kuda, gaul sehingga sebati.
6. Rasa kacang korang, macam aku, aku tak tambah dah garam / gula sebab ayah aku rebus kacang tu memang da ok rasa dia.
7. Siap untuk di hidangkan.

Siap boleh hidang dekat family korang & makan.

Ni gambar - gambarnya.








Resepi ni sangat simple, mudah & sedap.

Selamat mencuba ye.

Ok la nak sambung kerja, annyeong.





No comments:

Post a Comment

PENANG DAY TRIP - 15.12.2022 ~ GEMAS ROAD BROTHER | BATU FERRINGHI | STREET ART | WONDERFOOD MUSEUM | JERUK PAK ALI | MURTABAK HAMEEDIYAH | NASI KANDAR DEEN'S MAJU

 Assalamualaikum I'm back....entry kali ni aku nak share day trip kami sekeluarga ke Pulau Mutiara 15.12.2022 (Khamis). Trip kali ni mem...