Tuesday 10 September 2019

Date with Mak - Nando's MyTown (07-09-2019)

Assalamualaikum semua.

07-09-2019 (Sabtu)...aku ajak mak aku jalan-jalan pergi Aeon Maluri, sebab tengok dekat fb macam best. Macam biasa ayah hantar kita orang dekat LTR Ampang. Kita orang naik LRT je. Turun dekat station Maluri. Cara nak pergi Aeon Maluri sama macam entry aku 1st time pergi Ikea naik MRT. Cuma kita orang tak naik MRT. Cuma lalu laluan MRT & cari Aeon. Tambang dr Ampang - Aeon Maluri RM2.00.


☝ pintu masuk ke Aeon, tapi kat sana tak ada apa sebab macam under renovation / construction (kalau tak silap la)...so kita orang just pusing-pusing je and then decide pergi MyTown je sebab mak aku nak pergi Ikea. Kita orang ambil MRT ke Cochrone. Sampai je MyTown kita orang tawaf food level sebab nak cari tempat makan. Biasa kalau pergi MyTown kita orang selalu makan Boat Noodles. Hari tu aku decide bawa mak aku makan Nando's pula. Untuk Mak aku tu 1st time dia makan Nando's. So aku yang decide menu apa...tapi aku tanya dia la, kot dia nak yang lain. Dia ikut je apa aku pilih.

Muka tunggu makan sampai.










Ni la menu yang aku order. Sedap gak, Aku order Peri-Peri Chicken 1/4 Chicken + 1 reg & aku add on nasi, yang warna putih tu mediterranean rice & lagi satu tu spicy / spice rice. Nasi ni biasa je sebab Mediterranean rice tu plain je rasa dia & yang lagi satu tu terlebih kunyit rasa dia. Tapi overall sedap. Makan saja pun sedap tapi aku prefer makan dengan tomato sauce. Peri-peri sauce / nando's sauce aku tak berapa suka sebab masam. Tapi aku bagi mak aku rasa semua sos dia (serba sikit aku letak) end up mak aku pun pilih tomato sauce gak 😅.

Air pula, aku order Sparkling Apple & mak aku order air Tropical Fruitea, tapi aku lupa pula nak ambil gambar. Aku & lupa berpisah tiada.

Habis makan kita orang terus pergi Ikea, kat Ikea window shopping je sebab tak ada apa pun nak beli. Jadi aku sudahi dengan gambar kami berdua dekat Ikea.



p/s: balik aku ambil grab sebab hujan + mak aku requested nak balik naik grab since sebelum datang lagi. So aku penuhi je la permintaan dia. Tambang grab dari MyTown ke rumah aku RM13.

ok la aku nak sambung kerja, annyeong.


No comments:

Post a Comment

PENANG DAY TRIP - 15.12.2022 ~ GEMAS ROAD BROTHER | BATU FERRINGHI | STREET ART | WONDERFOOD MUSEUM | JERUK PAK ALI | MURTABAK HAMEEDIYAH | NASI KANDAR DEEN'S MAJU

 Assalamualaikum I'm back....entry kali ni aku nak share day trip kami sekeluarga ke Pulau Mutiara 15.12.2022 (Khamis). Trip kali ni mem...