Monday 22 July 2019

RESEPI PIZZA ROTI

Assalamualaikum,

Hari ni aku nak share resepi pizza roti yang aku buat. Resepi ni mudah dan ringkas sahaja.

Bahan-bahan
1. Roti,  (tak kisah brand apa)
2. Sos Pasta (tak kisah brand apa)
3. Mozarella Cheese (500g)
4. Sosej (tak kisah brand apa)
5. Bawang holland
6. daging cincang (tak kisah brand apa)
7. capsicum
8. bawang besar (menumis)
9. sedikit minyak masak
10. air (jika perlu)
11. garam
12. gula
13. perasa
14. baking paper

Cara-cara untuk sos pizza
1. Panaskan minyak masak, masukkan bawang besar yang dah dihiris untuk menumis.
2. Biar sehingga bawang keperang-perangan, kemudian masukkan daging cincang (aku beli brand Ramly), kacau-kacau sehingga daging masak.
3. Masukkan sos pasta (aku beli brand Aeon Big je), kacau-kacau lagi sehingga sebati dengan daging.
4. Kacau-kacau kesemua bahan, kemudian perasakan dengan garam, gula dan perasa.
5. Sos jangan masak sampai kering tau, sebab kita nak salut atas roti nanti. 
6. Kalau agak kering boleh masukkan sedikit air.

Cara-cara buat pizza
1. Susun roti (aku guna brand gardenia) dalam tray, lapikkan baking paper, sebab tak nak pizza melekat dekat tray.
2. Sapukan sos pizza tadi atas roti, sapu sekata.
3. Kemudian taburkan sosej, capsicum dan bawang holland yang dah dipotong (tabur je atas pizza).
4. Kemudian taburkan mozarella cheese ke seluruh permukaan pizza, lagi banyak cheese lagi sedap pizza. Aku buat 2 tray, so cheese 500g tu memang habis guna.
5. Masukkan pizza ke dalam oven, guna api atas bawah. Suhu 180 ¤c dalam 20-30 minit (ikut jenis oven juga).

Siap boleh hidang dekat family korang & makan.

Ni gambar pizza roti yang aku buat.





Ni pizza yang aku makan. Aku add on sos cili. Pergh terangkat wei.

Berbaloi wei buat pizza roti ni. Dapat makan banyak la yang paling penting. Topping korang nak letak banyak mana pun tak kisah sebab tu korang punya pizza, boh la banyak mana pun.

Ok la, sampai sini dulu entry aku kali ni. Hope resepi pizza roti mudah ni dapat bantu korang yang mana tengah cari resepi ni.




No comments:

Post a Comment

PENANG DAY TRIP - 15.12.2022 ~ GEMAS ROAD BROTHER | BATU FERRINGHI | STREET ART | WONDERFOOD MUSEUM | JERUK PAK ALI | MURTABAK HAMEEDIYAH | NASI KANDAR DEEN'S MAJU

 Assalamualaikum I'm back....entry kali ni aku nak share day trip kami sekeluarga ke Pulau Mutiara 15.12.2022 (Khamis). Trip kali ni mem...