Monday 27 January 2020

PICNIC AT PANTAI PENGKALAN BALAK, MELAKA - 26.01.2020

Assalamualaikum.

Semalam, aku satu family picnic dekat Pantai Pengkalan Balak, Melaka. Saja je aku dengan ayah planning nak picnic. Cuti CNY tak tahu nak pergi mana. Planning asal nak picnic dekat Port Dickson, tapi ayah aku ajak pergi Pengkalan Balak. 1st time picnic dekat sini. Picnic kali ni aku requested nak prepare makanan, tapi makanan aku biasa la, ala-ala western sikit. Biasa kalau picnic mak aku akan masak nasi & lauk-lauk. Tapi this time aku prepare, so aku bagi tau awal-awal no nasi 😅😅. Aku buat sandwiches, salads with chicken pop corn dressing aku beli kewpie roasted sesame, sausages, nuggets & crab stick. Ringkas tapi sedap. Aku ada juga beli jajan & air kita orang bawa macam-macam air botol (twister apple, yeos laici, yeos soya, nescafe & ice lemon tea also kita orang bawa mineral water) overal semua air manis-manis je 😌. Nanti aku sharekan gambar-gambar menu ye. 

Kita orang pergi semalam (Ahad), sebab sabtu pergi cari barang-barang makanan & hari ni cuti so boleh relaks sikit. Kita orang bertolak dari rumah dekat pukul 10am juga la, lepas siap semua barang-barang yang nak bawa.

Ni aku share dulu gambar-gambar kita orang dalam kereta (otw), selfie wajib bagi mak & adik aku.





☝ ni la muka-muka yang gila selfie ni 😂. Aku stop sini dulu gambar-gambar otw kita orang. Sebenarnya banyak lagi. Malas da aku nak share.

Kita orang singgah breakfast dekat rnr Nilai. Kita orang sampai Pantai Pengkalan Balak dalam pukul 12.30pm. Kita orang tak masuk lagi  ke dalam, just dekat area pantai yang awal-awal masuk je. Sampai je terus cari port picnic. To be honest susah nak cari port yang ok. Kawasan yang redup hanya bawah pokok & belakang kedai makan. Yes belakang kedai makan. Korang pahamkan kalau dah belakang kedai tu. Kalau tak kau picnic la tengah-tengah panas tu. 1st port yang aku pilih (masa taip ni agak meremang kalau ingat) dibantah oleh ayah aku. Terus tukar port jauh dari tu. Ok sikit dari port yang aku pilih. Boleh la dari tak de. Bak kata ayah aku ok la sebab mengenangkan da datang dari jauh.  Time kita orang sampai da ramai orang. Boleh la dikatakan ramai. 

Kita orang terus hampar tikar & angkut barang-barang. Lepas da susun-susun barang. Seriously aku cakap, aku tak pandang langsung dah belakang aku. Muka & badan aku keras menghadap laut je. Kalau aku pandang segala makanan yang aku bawa memang aku tak boleh telan. Bukan nak story buruk ke apa, sebab aku memang tak expect langsung nak kena picnic dekat dengan kedai makan ops sorry belakang kedai makan. Benda da sampai nak tak nak kena teruskan je. 

Lepas da susun-susun barang. Aku buka bekal yang aku dengan inah buat. 


Kalau difikir-fikirkan balik, ada hikmah kita orang tak bawa nasi macam selalu.

Ringkas tapi sedap.

Aku tukang prepared salad untuk semua



Mak aku tengah busy buat video 😂.


See view belakang aku 😢.

To clear this entry. Actually Pantai dia ok je. Cuma a few part tempat dia agak kurang sikit. Tak ade niat pun untuk burukkan atau apa. Aku share ikhlas apa yang aku rasa & alami.

Lepas makan, ambil gambar dan video. Baring-baring sekejap, then gerak.

Aku sharekan video pantai pulak.

Cantikkan, adik aku yang rakam.


Ni video mak aku rakam.





Lepas makan, baring-baring sekejap. ☝ view atas. Cantik je.

Family aku tak de siapa yang mandi laut. Mula-mula ayah & adik aku nak mandi tapi mengenangkan tandas jauh dari tempat picnic kita orang dan masa mak aku pergi dia cakap macam air tak kuat. So ayah & adik aku decide tak mandi.

Masa tengah- tengah lepak, ayah aku ajak gerak. Masa ni dalam pukul 2pm lebih nak ke 3pm. Dia ada tanya nak pergi mana pula. Aku cakap tak tau. Tapi aku nak cari cencaluk. Sebabkan awal lagi. Ayah aku ajak pergi klebang pula.

Aku sudahi dengan gambar adik-adik aku sebelum kita orang gerak ke klebang.



Sebelum balik, kita orang ambil jalan nak ke Kuala Sungai baru (masih lagi Pantai Pengkalan Balak), saja je lalu,  dekat sebelah sana kawasan picnic dia nampak best. Ayah aku cakap next time kalau pergi kita cuba area sebelah sana pula.

Ni aku share gambar kita orang kat klebang. Tak banyak pun tapi ada la buat kenangan.

Ada juga gambar satu family. Sebab masa dekat pantai tak ambil.




Dekat Klebang banyak orang jual-jual. Tapi kita cuci mata je. Lepas dari Klebang terus bergerak balik KL. Aku pula nak beli cencaluk tak jumpa. 1st time nak rasa cencaluk. Dulu aku pernah LI dekat Duyong (tahun 2012), 2 bulan gak tapi tak pernah cuba cencaluk. Tapi kali ni rasa nak try pula. Last-last beli dekat rnr jejantas ayer keroh kot? Ala x ingat la rnr jejantas apa. Tengok, aku dalam setiap entry aku mesti ada lupa. Habit, sorry la ye.

P/s: dalam entry kali ni aku nak minta maaf siap-siap kalau ada yang tersinggung. Aku just share memories/experience aku dengan ikhlas.

Ok la untuk kali ni.

Annyeong.







No comments:

Post a Comment

PENANG DAY TRIP - 15.12.2022 ~ GEMAS ROAD BROTHER | BATU FERRINGHI | STREET ART | WONDERFOOD MUSEUM | JERUK PAK ALI | MURTABAK HAMEEDIYAH | NASI KANDAR DEEN'S MAJU

 Assalamualaikum I'm back....entry kali ni aku nak share day trip kami sekeluarga ke Pulau Mutiara 15.12.2022 (Khamis). Trip kali ni mem...