Thursday 9 January 2020

AYAH BIRTHDAY CELEBRATION WITH DOMINO PIZZA CELEBRATION SET

Assalamualaikum.

Selamat tahun baru 2020 semua. Untuk tahun baru 2020 ni aku buka story AYAH BIRTHDAY CELEBRATION WITH DOMINO PIZZA CELEBRATION SET. Aku bukan buat paid review domino ye, ni aku share. Menu pun aku bayar.

09.01.2020 (Khamis), hari ni birthday ayah aku yang ke 5*.... muda lagi ayah aku...hihi. Mak aku whatsapp aku tanya nak makan apa birthday ayah. Aku cakap tak tahu mula-mula...ye la kita tengah kerja mana boleh fikir mula-mula. Aku cakap dekat mak aku, tak pe nanti aku try la tengok nak beli apa. Then aku decide nak order Domino Pizza. Sebab selalu order Pizza Hut je, ye la pizza hut kan murah je yang rm5-rm15 tu. Tapi hari ni tukar selera pula. Aku pilih Domino sebab dah lama tak makan. Mula-mula aku ingat nak self-pick up tapi bila teringat masa aku self pick up pizza hut dulu, sampai rumah pizza tu sejuk aku serik wei. Bukan apa pizza jadi tak sedap. So aku order delivery je. Adik aku yang tolong order. Aku tukang bayar je. Aku nak order tapi tak boleh nak focus sebab kerja banyak masa tu. Adik aku cakap Domino ada promo. Aku cakap kat adik aku order yang celebration set la...boleh makan puas sikit sebab kita orang satu family memang suka makan pizza.


☝ details for celebration set. Pizza boleh select yang mana korang suka. Aku pesan kat adik aku pizza extravaganza & beef pepperoni wajib pilih. 2 yang lain tu pilih la mana yang sedap.

So ni yang adik aku order. Aku suruh dia screenshot dulu sebelum order. Aku nak check.

Aku ada bagi cadangan ambil pizza sambal tapi topping dia ada ikan bilis. Ayah aku tak boleh makan ikan bilis sebab dia ada gout. So adik aku order macam yang☝. Tapi aku suruh adik aku tambah lava cake .

So ni final order kita orang.

Alhamdulillah ayah aku happy walaupun kita orang just beli Domino je. Nampak la seri muka tu syok. Walaupun simple-simple je.

Ni dia main story untuk entry kali ni, sorry la ye intro panjang sangat hahaha.


Birthday boy ambil sendiri gambaq ni. Nampak tak keterujaan dia tu. Hahaha

Ni aku belanja gambaq birthday boy
Muka ja serius...dalam ada sinyum abang manis. 😂😂


Gambaq dengan anak-anak tak de sebab 2 orang malas pakai tudung sorang lagi tak pakai baju...hahaha.. so jadinya gambaq ayah ngan mak aku je. Jadi la buat kenangan.

Aku sudahi dengan gambaq Domino pizza. Jangan terliur ya hampa semua. Kalau nak p order kaih...tak rugi sedap. Yang paling penting panas masa kita orang received. Baru sedap makan kan.


Ok la entry kali ni. Annyeong.


No comments:

Post a Comment

PENANG DAY TRIP - 15.12.2022 ~ GEMAS ROAD BROTHER | BATU FERRINGHI | STREET ART | WONDERFOOD MUSEUM | JERUK PAK ALI | MURTABAK HAMEEDIYAH | NASI KANDAR DEEN'S MAJU

 Assalamualaikum I'm back....entry kali ni aku nak share day trip kami sekeluarga ke Pulau Mutiara 15.12.2022 (Khamis). Trip kali ni mem...